Jumaat, 15 Februari 2013

TIPS-TIPS UNTUK MEMBELI HAMSTER

Banyak rungutan daripada pembeli baru berkenaan hamster mereka yang baru dibeli sakit dan lebih teruk lagi hamster tersebut mati walaupun baru dibeli beberapa hari...oleh itu cy ingin kongsikan tips2 membeli hamster agar u allzs dapat memilih hamster yang sihat dan aktif...antara tips2 tersebut ialah :

  • Perhatikan pergerakan hamster tersebut sewaktu berada di petshop...hamster yang sihat akan bergerak dengan lincah dan pantas berbanding hamster yang sakit
  • Pastikan seluruh badan hamster tersebut mempunyai bulu agar anda tidak memilih hamster yang mempunyai penyakit kulit menyebabkan bulu mereka luruh
  • Pastikan mata mereka tidak tertutup kerana mungkin hamster tersebut mempunyai penyakit mata atau sakit kerana bergaduh dengan hamster lain
  • Periksa badan hamster tersebut dan pastikan tiada kesan luka atau luka baru kerana kemungkinan hamster itu sakit adalah amat tinggi
  • Periksa telinga hamster tersebut, pastikan telinganya tidak terkoyak atau luka kerana telinga hamster merupakan bahagian yang sensitif seperti arnab
  • Jika anda tidak mahu melakukan banyak kerja untuk menjinakkan hamster, pilihlah hamster yang tidak begitu liar dan tidak mudah menggigit
Jika anda tidak begitu mahir atau masih lagi newbie dalam dunia hamster, anda bolehlah mengajak seseorang yang pernah memelihara hamster sebelum anda kerana mungkin mereka mempunyai pengetahuan tentang hamster yang sihat dan terjaga di petshop...semestinya anda tidak mahu hamster anda mati selepas beberapa hari dibeli...

Haa! Inilah hamster yang baru Cy beli beberapa hari lalu iaitu CHIBI n CHIMO...mungkin ia tidak secantik dan secomel hamster u allz tapi Cy sayang diorang walaupun dah 2 kali kena gigit kat CHIBI...sakit lah jugak tapi nak wat macam ne, sape suruh Cy ganggu CHIBI tidur...hahahah >.<" 


CHIBI SI PENGGIGIT : 



CHIMO SI KAKI TIDUR : 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan