Selasa, 19 Februari 2013

CARA MENJAGA BULU KUCING 


MANDI : 

Kucing harus dimandikan sekurang2nya 2 minggu sekali agar bulu mereka terjaga dan tidak mudah gugur...Jika anda memelihara kucing yang berbulu lebat seperti Parsi, Maine Coon, Birman, maka anda harus lebih kerap memandikannya agar bulunya kekal bersih dan tidak membentuk hairballs atau tergumpal...Untuk kesan yang lebih baik, gunakanlah shampoo yang dijual di petshop...anda harus berhati2 dalam memilih shampoo agar ia sesuai dengan kulit kucing anda...sebelum beli, hidulah bau shampoo tersebut kerana terdapat shampoo yang baunya kurang menyenangkan dan tidak harum...

GAYA PEMAKANAN : 

Untuk memastikan bulu kucing terjaga, anda harus memberikan mereka makanan yang dikhaskan untuk kucing seperti Friskies, Whiskies or lain2 kerana ia mengandungi zat yang secukupnya untuk kucing anda... Elakkan daripada memberi makanan yang berminyak kerana ia boleh menyebabkan bulu kucing gugur... Jika mahu lebih jimat, anda boleh berikan kucing anda nasi yang digaulkan dengan ikan rebus tapi anda harus pastikan kucing anda telah terbiasa dengan nasi digaul ikan...Kadang2 Cy memberikan nasi gaul ikan jep, jimat kos katakan...hehehe

SIKAT : 

Anda harus menyikat bulu kucing anda sekurang2nya sekali sehari agar bulu yang telah gugur dapat dibuang... Seelok2nya guna berus gigi yang berbulu halus berbanding sikat rambut kerana sikat rambut dapat menyakitkan kucing anda serta berkemungkinan untuk luka... Sikat bulu kucing anda secara perlahan2 agar kucing anda selesa... Anda tidak perlulah menyikat dengan kerap kerana kucing sentiasa menjilat bulu mereka sendiri...

Inilah kucing kesayangan saya iaitu Debok' , Grey , and Black : 


DEBOK' : 





GREY : 




BLACK : 



GREY AND BLACK : 








Jumaat, 15 Februari 2013

TIPS-TIPS UNTUK MEMBELI HAMSTER

Banyak rungutan daripada pembeli baru berkenaan hamster mereka yang baru dibeli sakit dan lebih teruk lagi hamster tersebut mati walaupun baru dibeli beberapa hari...oleh itu cy ingin kongsikan tips2 membeli hamster agar u allzs dapat memilih hamster yang sihat dan aktif...antara tips2 tersebut ialah :

  • Perhatikan pergerakan hamster tersebut sewaktu berada di petshop...hamster yang sihat akan bergerak dengan lincah dan pantas berbanding hamster yang sakit
  • Pastikan seluruh badan hamster tersebut mempunyai bulu agar anda tidak memilih hamster yang mempunyai penyakit kulit menyebabkan bulu mereka luruh
  • Pastikan mata mereka tidak tertutup kerana mungkin hamster tersebut mempunyai penyakit mata atau sakit kerana bergaduh dengan hamster lain
  • Periksa badan hamster tersebut dan pastikan tiada kesan luka atau luka baru kerana kemungkinan hamster itu sakit adalah amat tinggi
  • Periksa telinga hamster tersebut, pastikan telinganya tidak terkoyak atau luka kerana telinga hamster merupakan bahagian yang sensitif seperti arnab
  • Jika anda tidak mahu melakukan banyak kerja untuk menjinakkan hamster, pilihlah hamster yang tidak begitu liar dan tidak mudah menggigit
Jika anda tidak begitu mahir atau masih lagi newbie dalam dunia hamster, anda bolehlah mengajak seseorang yang pernah memelihara hamster sebelum anda kerana mungkin mereka mempunyai pengetahuan tentang hamster yang sihat dan terjaga di petshop...semestinya anda tidak mahu hamster anda mati selepas beberapa hari dibeli...

Haa! Inilah hamster yang baru Cy beli beberapa hari lalu iaitu CHIBI n CHIMO...mungkin ia tidak secantik dan secomel hamster u allz tapi Cy sayang diorang walaupun dah 2 kali kena gigit kat CHIBI...sakit lah jugak tapi nak wat macam ne, sape suruh Cy ganggu CHIBI tidur...hahahah >.<" 


CHIBI SI PENGGIGIT : 



CHIMO SI KAKI TIDUR : 



HAMSTER ANDA MENGANDUNG ???


APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN SI IBU MEMAKAN ANAKNYA SENDIRI ??


First of allz u allz semua have to pisahkan hamster jantan dengan hamster betina terutama hamster SYRIAN sebab hamster Syrian tidak boleh hidup berkelompok, oleh itu ia lebih sesuai dipelihara seekor jep..kemungkinan hamster jantan akan memakan anaknya lebih tinggi berbanding hamster betina...

After that, u allz have to letakkan kandang hamster anda ditempat yang sunyi dan gelap kerana kehidupan hamster yang sebenar iaitu di hutan...elakkan daripada menjenguk ibu n anak2 hamster terlalu kerap agar ia tidak stress menyebabkan si ibu tidak menghiraukan anaknya atau mungkin lebih teruk iaitu memakan anaknya sendiri...

N then jangan sekali2 tukar bedding apabila hamster u allz melahirkan anak cause ia akan menghilangkan bau si ibu hamster pada anak2nya...if u allz bimbang cage tu berbau soo u allz harus tukar bedding before si ibu melahirkan anak...apabila anak2 hamster berumur 3 - 4 minggu barulah anda boleh menukar bedding tersebut...

Besides, u allz tak payah lah gatal tangan nak alihkan,belai or belek anak2 hamster tuh sebab ia akan meninggalkan bau tangan kita di badan anak2 hamster tersebut...kemungkinan besar si ibu akan memakan anak2nya kerana ia fikir bau tersebut mengancam anak2nya...biler anak2 hamster tuh dah tumbuh bulu barulah u allz bleh nak sentuh n belai hamster tuh...

Makanan hamster tuh kena lah ditambah sedikit dari kebiasaannye sebab si ibu perlukan banyak makanan untuk anak2nya...tapi janganlah terlalu over plak >.<" ...lau bleh, belilah vitamin kat petshop agar hamster mendapat vitamin tambahan..selalunye vitamin tuh dalam bentuk cecair dan ditambah dalam air minuman hamster...kadang2 bagilah sayur like carrot or tomato tetapi dalam kuantiti yang sedikit agar penghadaman si ibu terjaga...kan tak pasal2 cirit birit plak hamster tuh

THIS IS WHAT U ALLZ NEED TO DO :
  1. Pisahkan hamster jantan dan hamster betina
  2. Tempatkan hamster u allz kat tempat yang sunyi n gelap
  3. Jangan sekali2 tukar bedding biler si ibu hamster melahirkan anak
  4. Jangan sekali2 sentuh anak2 hamster namun jika terdesak, u allz bleh pakai sarung tangan or lapik ngan kain or tisu
  5. Makanan hendaklah ditambah kuantitinya daripada kebiasaan n lau bleh , bekalkan vitamin yang boleh didapatkan di petshop

Khamis, 14 Februari 2013


 MY LOVELY HAMSTER :

 CHIBI n CHIMO


Chibi n Chimo nie baru jep cy beli soo diorg tak brape jinak agi ngan cy..kadang2 terkejut gak lau diorg  bkak mulut tanda nak gigit biler cy hulur jari tapi alhamdullilah masih tiada gigitan yang dibuat olah mereka :D 

CHIBI's PIC ( betina ) :


CHIMO's PIC ( jantan ) :


Menurut pemerhatian cy, Chibi lebih aktif n lincah berbanding Chimo walaupun Chibi betina..Chimo asyik tido je, pemalas katakan tapi Chimo tidak seagresif Chibi walaupun diganggu ketika tidur >.<"

TIME TO PLAY n FREELY :













KOS PENGELUARAN UNTUK MEMELIHARA HAMSTER


Untuk memelihara hamster, anda memerlukan bajet yang secukupnya agar semua keperluan hamster dapat dipenuhi seperti sangkar,roda,makanan dan bedding..bajet yang diperlukan untuk membeli hamster termasuk kelengkapan memerlukan sekurang2nya RM 80++

SANGKAR (with roda,btol air n bekas makanan) :

a) kecil : RM 12 ++
b) sederhana : RM 25++
c) besar : RM 45++

HAMSTER :

a) syrian : RM 8 - RM 13
b) winter white : RM14 - RM19
c) roborovski : RM16 - RM25
d) dwarf campbell : RM 15 - RM30

MAKANAN :

a) kecil : RM3++
b) sederhana : RM 6++
c) besar : RM 9++

BEDDING (depends kpd kg n jenis) : RM 7 ++

AKSESORI :

a) bola hamster : RM 7 ++
b) rumah : RM 7++
c) permainan : RM8++

CONTOH HARGA (pengalaman sndiri) :

hamster syrian sepasang : RM 20
sangkar 2 tingkat : RM 50
makanan (kecil) : RM 3.50
bedding (1kg) : RM 7
TOTAL : RM 80.50

Soo cy harap u allz telah menyediakan bajet yang secukupnya untuk memelihara hamster agar ia terjaga dgn baik dan selesa..good lucks n see ya :D
JENIS-JENIS HAMSTER DI MALAYSIA

Berdasarkan pengalaman cy dlm dunia hamster nieh..ada 4 jenis hamster kt Malaysia nieh..first of it is :

SYRIAN HAMSTER


  • Paling mudah untuk didapatkan di Malaysia..harga nya lebih murah banding harga hamster lain iaitu sekitar RM8 - RM12 je seekor
  • Saiz Syrian lebih besar dari hamster2 lain, oleh itu Syrian memerlukan cage yang lebih besar,makanan lebih banyak tpi jangan lebih2 plak
  • bedding Syrian harus lebih kerap ditukar sebab Syrian lebih banyak buang air banding hamster lain. Oleh itu, bedding Syrian harus ditukar sekurang2nye seminggu sekali
  • Syrian juga paling mudah untuk dijinakkan sebab ia sangat jarang menggigit, lain lah lau kacau diorang tidur
  • Pergerakan Syrian lebih lambat berbanding hamster2 lain. Oleh itu  ia sesuai untuk sesiapa yang ingin memelihara hamster buat kali pertama

WINTER WHITE


 
  • Saiz winter white lebih kecil berbanding syrian
  • Lebih mudah dijinakkan berbanding Roborovski namun akan menggigit jika ia masih liar dan masih belum biasa dengan tuan nya
  • Warna winter white akan berubah mengikut suhu, jika suhu sejuk ia akan bertukar menjadi putih dan jika suhu bilik ia akan bertukar kepada warna asalnya
CAMPBELL


  • Campbell lebih banyak jenis dan variasi warna berbanding hamster lain
  • Mempunyai sikap yang lebih berani berbanding hamster2 lain
  • Jarang menggigit kecuali apabila diancam atau dikacau namun ia sukar untuk dijinakkan jika ia masih liar ketika dibeli
  • Tidak sesuai untuk seseorang yang ingin membela hamster buat pertama kali serta kanak-kanak jika ia masih liar ketika baru dibeli
ROBOROVSKI


  • Merupakan hamster terkecil dalam keempat2 hamster di Malaysia maka ia kelihatan comel berbanding hamster lain
  • Merupakan hamster yang liar dan amat sukar untuk dijinakkan kecuali ketika di petshop, ia sudah jinak 
  • Kecenderungan untuk ia menggigit lebih tinggi berbanding Campbell maka ia tidak sesuai utk kanak2 dan seseorg yang ingin memelihara hamster buat pertama kali
  • Ia juga terkenal dengan kelincahan dan kepantasan maka jika terlepas dari kandang, ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicari dan ditangkap

Cy kini memelihara sepasang Syrian..yang betina lebih liar berbanding jantan dan pergerakannya lebih cepat berbanding jantan..kecenderungan betina untuk menggigit lebih tinggi berbanding jantan terutama apabila diganggu tidurnya namun belum ada gigitan yang dibuat :D ..Setakat ini saja coretan cy utk anda semua..hope u allz get this information...SEE YA